mahasiswa bersama ANWAR

mahasiswa bersama ANWAR

Tuesday, October 12, 2010

LEGASI SAUDARA ANWAR IBRAHIM DAN NOVEMBER 2010

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi maha penyayang tuhan sekalian alam. Selawat keatas junjungan besar Nabi Mahammad SAW keluarga dan sahabat baginda.

Tulisan ini dibuat atas dasar kesedaran dan rasa tanggungjawab yang mana lahirnya dari hati murni seorang anak muda yang baru berlatih merangkak dan baru mengenal erti sebuah perjuangan. Dalam penulisan ini saya akan membuat beberapa keterangan yang berkaitan dengan pemilihan jawatan peringkat tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada bulan November ini. Umumnya ramai rata-rata di antara kita sudah mengetahui tentangnya dan mungkin ada di antara ahli-ahli parti yang sudah pun membuat kira - kira untuk memilih siapakah calon yang mereka akan pilih untuk menerajui tampuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ). Saya lebih berminat untuk membincangkan jawatan di peringkat Timbalan Presiden kerana bagi pengamatan saya dalam pengalaman selama ini menceburi bidang politik tanah air terutamanya dalam PKR, jawatan Timbalan Presiden ini terlalu penting masa ini untuk meletakan individu yang mampu merubah landskap politik negara dan parti ke arah yang lebih baik dan insyallah akan menjawab seluruh teka teki berhubung siapakah yang mengantikan tokoh besar dalam PKR iaitu saudara Anwar Ibrahim, tetapi untuk merealisasikan semua ini, seharusnya jawatan Timbalan Presiden ini dipimpin oleh individu yang benar - benar ikhlas berjuang dan mempunyai prinsip yang sama seperti saudara Anwar Ibrahim perjuangkan tanpa mempunyai agenda yang tersembunyi di sebalik perjuangan mereka.

Semenjak Jawatankuasa Tertinggi PKR mengumumkan November ini adalah tarikh untuk menentukan calon yang akan bertanding untuk merebut kerusi peringkat tertinggi parti terutamanya jawatan Timbalan Presiden, hati saya cukup gelisah kerana dikhuatiri jawatan Timbalan Presiden ini di sandang oleh individu yang tidak sepatutnya memegang jawatan ini seterusnya mengelapkan impian untuk mencari pelapis yang akan mengantikan tempat saudara Anwar Ibrahim kelak. Bagi saya, ke semua calon yang sudah menawarkan diri untuk bertanding memegang jawatan Timbalan Presiden ini mempunyai Idealisme yang cukup baik dan ada di antara mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan seperti Dato’ Zaid Ibrahim yang sebelum ini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan akhirnya menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan tersebut kerana mempunyai prinsip yang berbeza dengan rakan - rakannya dalam kerajaan berkaitan dengan akta zalim iaitu Akta keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). Begitu juga dengan saudara Mustafa Kamil Ayub yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia , 1995 – 1998 dan juga pernah memegang jawatan penting yang lain dalam kerajaan. Justeru itu , soal pentadbiran sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat dapat merampas tampuk kepimpinan Negara seterusnya menerajui Putrajaya tidaklah perlu digusarkan lagi kerana dalam PKR itu sendiri telah dilampirkan tokoh-tokoh dan individu-individu yang mampu memikul tanggungjawab dan amanah kelak. Walaubagaimanapun, soal pengalaman dalam kerajaan dahulu yang pernah di pegang oleh mereka tidak boleh dijadikan sebagai ukuran untuk kita sebagai ahli parti mahupun orang luar dari parti untuk menyatakan bahawa mereka ini mampu untuk menjadi pemimpin Negara selepas ketiadaan saudara Anwar Ibrahim kelak. Mengapa saya mengatakan begitu sedangkan sebelum ini saya ada memuji mereka? Ia adalah kerana pengalaman dari pemimpin-pemimpin lepas yang telah mengajar kita bahawa semua ini bukanlah ukurannya sebenar tetapi asas agama dalam diri seorang pemimpin itu menjadi teras utama untuk dijadikan benteng ketika mana mereka memimpin nanti . Dengan adanya asas agama yang kuat dalam diri seseorang pemimpin itu, Insyallah mereka mampu memimpin parti dan seterusnya masyarakat negara ini dengan baik dan menolak segala kerakusan kuasa si pemerintah sepertimana yang berlaku keatas pemimpin besar negara sekarang. Sebagai contoh yang cukup hampir dengan kita ialah ketokohan saudara Anwar Ibrahim sendiri yang mempunyai kekuatan dan asas agama yang telah diterapkan dalam perjuangan beliau sendiri sehingga mampu menangkis segala serangan dari musuh politik beliau.Pernah beberapa kali di penjara, malah pernah dipukul sehingga separuh mati di dalam lokap tetapi dengan azam dan kekuatan dalam diri beliau,beliau bangkit semula.kunci kekuatan untuk beliau bangkit semula adalah apa? Adakah kerana jawatan yang pernah di pegang oleh beliau sebelum ini semasa di dalam kerajaan? Ataupun di sebabkan rakan kenalan beliau yang masih berada dalam kerajaan? Tentu sekali bukan kan? Jawapannya mudah, kerana iman dan kekuatan agama yang ada pada diri beliau. Kita lihat, rata-rata pemimpin yang pernah menjadi orang nombor satu negara yang mempunyai tahap intelektual dan ciri kepimpinan yang cukup hebat tetapi hanyut dengan kuasanya. Rasuah, rompakan harta rakyat,tangkap basah,beli bini orang , fitnah ke atas saudara Anwar Ibrahim dan ada di antaranya pernah terpalit dengan kes pembunuhan yang tidak perlu diulaskan di dalam tulisan ini pernah di jadikan topik perbualan hangat rakyat Malaysia sehingga menghambat rakyat Malaysia untuk bangkit bawa perubahan menghumban kerajaan dan pemimpin zalim pada pilihanraya ke 12 yang lepas dan memenangkan kerajaaan rakyat dan menafikan 2/3 kuasa pemerintah di Parlimen. Isu apa sebenarnya yang menjadi perkara pokok sehingga perkara ini berlaku ke atas pemimpin besar negara? Isunya adalah kerana kurangnya penghayatan agama dalam diri pemimpin itu sendiri sehingga sanggup menghalalkan kesemua kesalahan yang telah mereka lakukan.

Justeru itu bagi memastikan perkara buruk ini tidak berulang seperti salah laku pemimpin, khianat pada parti dan prinsip perjuangan terutamanya dalam PKR, pemimpin yang manakah harus kita angkat pada pemilihan PKR November ini ? Jawapannya ada pada anda. Kita sudah lampirkan calon-calon yang cukup hebat dan mempunyai pelbagai latar belakang sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi kalau ditanya kepada saya calon mana yang perlu diangkat pada pemilihan November nanti bagi mengalas jawatan timbalan presiden, jawapan saya adalah pemimpin itu seharusnya mempunyai sifat keberanian yang tinggi “ bukan bacul macam pemimpin UMNGOK”, bersih dari pelbagai sudut dan yang paling penting ikhlas menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan mengunakan ajaran Islam sebagai prinsip perjuangannya dan calon itu adalah saudara Mustafa Kamil Ayub. Beliau mempunyai latar belakang yang sama seperti saudara Anwar Ibrahim yang pernah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ). Sewaktu di dalam ABIM, beliau pernah memegang jawatan selaku Pimpinan Pusat dari tahun 1989-1994. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ciri-ciri pemimpin yang kita cari selama ini sudah terjawab bagi mengalas amanah dan tanggungjawab untuk menggantikan saudara Anwar Ibrahim sekiranya apa-apa berlaku keatas beliau nanti. Tidak keterlaluan bagi saya untuk saya ungkapkan di sini bahawa dari segi basic dan latar belakang agama yang ada pada saudara Mustafa Kamil Ayub ini jauh lebih baik dari calon-calon yang akan bertanding nanti. Calon mana yang akan di pilih untuk mengalas jawatan timbalan presiden ini ada pada anda.Tetapi bagi mengelak perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada parti yang kita cintai ini, ayuh kita sama-sama mengangkat pemimpin seperti saudara Mustafa Kamil Ayub bagi menyambung legasi saudara Anwar Ibrahim seterusnya bersama-sama memimpin Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Undi kita adalah amanah dari ALLAH untuk masa depan anak-anak dan generasi akan datang . undilah calon yang benar - benar layak untuk menduduki jawatan tersebut supaya ia tidak diwarisi oleh orang - orang yang mempunyai agenda lain untuk kepentingan mereka dan seterusnya menghakis kepercayaan ahli - ahli dan seluruh rakyat Malaysia terhadap Parti KeADILan Rakyat.



BIODATA MUSTAFA KAMIL AYUB
Mustafa Kamil Ayub dilahirkan di Kg. Gajah, Pasir Salak, Perak D.R, 1963. Anak kedua dari lapan orang adik beradik di besarkan dengan penuh kasih sayang dari ayahanda dan bondanya, Hj Ayub Hj Zainal Abidin dan Hjh Jamaayah Hj Mohd Amin. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian UKM 1987, Diploma Pasca Siswazah Pendidikan dengan kepujian (UIA) 1989, Diploma Pasca Siswazah Kewangan Islam dengan cemerlang ( IPI ) 1994, dan Sarjana Sains Politik, UKM ( 2003 ) .
Beliau pernah bertugas sebagai pendidik di Yayasan Anda Akademik, K.L, 1987, di SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, 1988 dan di SM Agama Cheras, 1989. Kemudian bertugas di Universiti Islam Antarabangsa sebagai Penolong Pendaftar 1989 - 1993 dan sebagai Ketua Jabatan Latihan Kepimpinan, 1993 - 1995. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia oleh YAB Perdana Menteri, 1995 - 1998 .
Bidang kepimpinan sangat rapat dengan beliau sejak di SK Kg Gajah san SM Sultan Abdul Halim ( SMSAH ) . Diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ( PMUKM ), 1984 - 1985. Kemudiannya diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ), 1986 - 1989, Pimpinan Pusat ABIM 89 - 95, JK WAMY 1987 - 1993, Presiden Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara ( PEPIAT ), 1989 - 1994, Pengurusi Persidangan Antarabangsa IIFSO, 1987, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia ( MBM ), 1994 - 2000, Presiden Majlis Belia ASEAN ( CAYS ), 1997 - 2002, Pengerusi Forum Belia Komanwell 1998 dan Presiden Institut Intelektual Muda Muslim Asia Tenggara ( IIMMAT ) 95 -2000.
Beliau juga amat rapat dengan program - program kemasyarakatan. Beliau telah membentangkan kertas kerja, ceramah dan Latihan Kepimpinan di Malaysia, Jepun, Indonesia, Thailand, Nertherland, United Kingdom, Maldives, USA dan beberapa Negara lain. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku disamping mengendalikan Siri Wacana Intelektual “ PEDOMAN” dan “ON STAGE” di TV Malaysia. Turut memimpin Persatuan Penduduk Kota Damansara ( 1999 – 2000 ), Persatuan Lawn Ball Perak ( 1998 – 2000 ) .

Dalam bidang politik, beliau telah terlibat dalam membentuk politik kemahasiswaan dan kebelian sejak dibangku sekolah lagi. Manakala politik kepartian sejak tahun 1990an. Pernah memegang amanah sebagai Panel Penasihat dan Jawatankuasa Majlis Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ( 1996 – 99 ) . Diamanahkan sebagai Setiausaha Agong Parti KeAdILan Nasional dan Ahli Majlis Pimpinan tertinggi ( MPT ), Timbalan Ketua Pemuda Malaysia dan Pemangku ketua Pemuda Keadilan 99 -2001, Pengerusi BINAWADAH KeADILan, Pengerusi Akedemik Kepimpinan dan Latihan ( AKAL ), KeADILan 99 – 2001 dan Timbalan Presiden Sekretariat Pemuda Islam Asean ( AMSEC ) 2000 – 2002 .
Kini beliau diamanahkan sebagai Naib Presiden parti Keadilan Rakyat